Cara Mohon Bantuan Sebanyak RM600


Sekiranya anda sedang mencari kerja atau pada masa ini bekerja secara sementara, anda layak memohon bantuan selama 6 bulan sebanyak RM600 sebulan di bawah program KerjayaGig.

KerjayaGig adalah bantuan yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2021 lalu dan telah dilaksanakan bermula pertengahan tahun ini.


Insentif turut diberikan kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig berjumlah RM 200.

SYARAT KELAYAKAN
  1. Individu yang kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
  2. Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
  3. Pencari kerja dari golongan rentan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), peserta program Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
  4. Semua yang layak haruslah berumur antara 18 sehingga 60 tahun sahaja


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka bermula 15 Julai 2021 lalu sehingga 31 Disember 2021 depan.

CARA UNTUK ANDA BUAT PERMOHONAN

1. Anda perlu log masuk ke laman web MyFutureJobs dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri – www.myfuturejobs.gov.my

2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman Web PERKESO untuk memohon insentif RM 600 – www.perkeso.gov.my

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil
Diharapkan dengan maklumat ini dapat memudahkan urusan anda. Kongsikan maklumat ini kepada orang lain agar dapat memudahkan urusan mereka.

Post a Comment

0 Comments