Bantuan Bumiputera Bajet 2022

Sebanyak RM11.4 bilion diperuntukan dalam Bajet 2022 bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

1. Pendidikan

RM6.6 bilion diperuntukkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), UiTM dan Yayasan Peneraju untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma selain usaha melahirkan profesional di bidang perubatan, kejuruteraan serta kewangan.

2. Perniagaan

i. Program peningkatan kapasiti & pembiayaan perniagaan

Sejumlah RM4.8 bilion untuk melaksanakan program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan.

Agensi terbabit adalah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Tekun Nasional (Tekun) dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

ii. Potongan cukai dua kali dan dilanjutkan 5 tahun sehingga 2025

Sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor bumiputera tempatan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga RM300,000 kepada sehingga RM500,000.

Tempoh lanjutan cukai itu juga dilanjutkan bagi tempoh lima tahun sehingga 31 Disember 2025.

iii. Program pemecut khusus untuk kontraktor belia G1 hingga G3

Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan program pemecut atau ‘accelerator programme’ khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan ‘on-the-job training’ dengan peruntukan RM10 juta.

Permohonan bagi semua bantuan ini boleh dibuat menerusi agensi terbabit.

Kongsikan maklumat ini di platfom media sosial anda agar dapat membantu orang lain. Semoga dengan perkongsian anda, anda dapat memudahkan urusan orang lain.

 

Post a Comment

0 Comments