Cara Daftar Bantuan i-Suri Sebanyak RM480

 


Insentif khas yang diberi nama i-Suri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP.

i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

SIAPA BOLEH MENCARUM i-SURI ?
  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

MANFAAT i-SURI KWSP
  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 
  • Boleh buat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan
  • Juga masih boleh membuat pengeluaran dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan i-Suri
  • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) 
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah 
Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih.


CARA DAFTAR i-SURI KWSP

Untuk makluman, cara daftar i-Suri KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.
  • Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  • Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Lengkapkan borang
  • Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
  • Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.

Tekan sini bagi Borang i-Suri – KWSP 16G (M)
Tekan sini bagi Borang i-Suri – KWSP 6A (2)


Post a Comment

0 Comments