Bantuan JKM Kanak-Kanak Sehingga RM1000

 

Untuk maklumat, mulai tahun 2021 Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan sesuai dengan Belanjawan 2021 yang diluluskan.  

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB DS Rina binti Mohd Harun dalam satu posting baru-baru ini di Facebook:https://www.facebook.com/ds.rinamohdharun/videos/120558629765269/

KADAR BANTUAN 

KADAR BANTUAN LAMA 
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
JUMLAH BANTUAN TERKINI (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.



CARA MOHON BANTUAN JKM KANAK-KANAK

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online
  1. Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar.
  5. Isikan makluman lain yang berkaitan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual 
  1. Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  2. Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.



BORANG MOHON BANTUAN 
Diharapkan dengan maklumat ini dapat membantu urusan anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan media sosial anda agar dapat membantu mereka dan memudahkan urusan mereka.

Post a Comment

0 Comments