Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 Dan Rayuan BPR

Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat dan Rayuan dikreaditkan. E-Portal Malaysia ada berita gembira kepada penerima BPR Fasa 3 dan Rayuan. Bayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan akan dikreaditkan pada 28 September 2021. Ia juga dijangka akan selesai pada 30 September 2021.

KENYATAAN RASMI PERDANA MENTERI



" Sebanyak RM2.82 bilion diperuntukkan kerajaan untuk pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 Sept hingga 30 Sept 2021.

Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

Untuk fasa 3 ini, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima mengikut kelayakan.

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.Saya yakin usaha yang dilakukan oleh kerajaan secara terus menerus ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban penerima BPR. " kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di akaun facebook page rasminya.

TARIKH BAYARAN BPR
  • 28 September 2021
TARIKH SELESAI BAYARAN BPR
  • 30 SEPTEMBER 2021
Semoga maklumat ini dapat memberikan anda info untuk memudahkan urusan anda. Kongsikan kepada rakan dan di platfom sosial anda agar dapat membantu dan memberikan maklumat kepada orang lain.

 

Post a Comment

0 Comments