Mohon Bantuan Sebanyak RM200 Sebulan

 

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban orang yang mengalami kesukaran semasa musim pandemik ini. Oleh itu, JKM bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan bantuan untuk latihan perantis. Ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan dari JKM untuk mendapatkan latihan kemahiran semasa mereka belajar. 

Untuk makluman anda, bantuan kewangan ini diperkenalkan untuk membantu meringankan beban kehidupan seharian kategori B40, yang kehilangan sumber pendapatan mereka kerana wabak Covid-19 yang berterusan. 

JUMLAH BANTUAN
  • Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM200 sebulan
TUJUAN BANTUAN DISALURKAN
  • Membantu staff jabatan atau anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan
  • Ex/Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran

SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan
  3. Ex/Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia 
  4. Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.
CARA MEMOHON DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Salinan kad pengenalan/IC pemohon
  2. Salinan kad pengenalan/IC suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
  4. Salinan slip gaji (jika ada)
Berikut adalah borang permohonan yang perlu anda isi, dan kemudian hantarkan ke pejabat JKM terdekat di kawasan anda:

  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan tekan DI SINI
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan tekan DI SINI

Post a Comment

0 Comments