PSU 4.0 : Semakan, Cara Dan Kemaskini Status Permohonan

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menyebut bantuan yang diumumkan dalam pakej PEMULIH iaitu Program Subsidi Upah (PSU 4.0) yang juga telah dipertingkatkan berbanding PSU 3.0. Oleh itu, E-Portal Malaysia berminat untuk berkongsi dengan anda cara-cara yang sangat diperlukan untuk kemaskini status PSU 4.0.

SENARAI INISIATIF TERBARU PSU 4.0

  1. Kerajaan dapat menampung sehingga 500 pekerja setiap majikan dengan kadar RM600 untuk jangka masa empat bulan. 
  2. Syarat gaji PSU 3.0 dibatalkan, iaitu untuk PSU4.0. Tidak ada syarat had gaji. Majikan boleh memohon PSU4.0 untuk pekerja yang pendapatannya melebihi RM4000.00. 

CARA KEMASKINI PSU 4.0 TERKINI (PEMERKASA PLUS)
  1. Layari https://psu.perkeso.gov.my  dan klik pada pilihan untuk mengemas kini maklumat aplikasi. 
  2. Sila masukkan nombor rujukan PSU4.0 dan e-mel yang telah didaftarkan, dan klik Seterusnya. 
  3. Sekiranya terdapat perubahan, sila kemas kini status aktiviti perniagaan atau jumlah pekerja yang layak melalui sistem ini.
  4. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan tanpa ada kesalahan dan lengkap.
  5. Masukkan dokumen sokongan (jika perlu).
  6. Apabila sudah selesai, klik Simpan.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

1.Lawati portal  https://psu.perkeso.gov.my , sila klik pada pilihan 
2.Pada skrin seterusnya, majikan mesti memilih jenis permohonan semakan yang ingin mereka kirimkan. Terdapat 3 jenis semakan bagi permohonan :
  • Semakan PSU 1.0 
  • Semakan PSU 2.0 
  • Semakan PSU 3.0
  • Semakan PSU 4.0 (tertakluk kepada kemas kini terkini)
3.Setelah memilih jenis permohonan, majikan perlu memasukkan nombor rujukan permohonan PSU dan e-mel yang telah diisi dalam borang permohonan PSU sebelum ini.
4.Melalui semakan ini, pihak majikan dapat melihat perincian permohonan yang telah diisi, melihat status permohonan untuk bulan tertentu, dan melihat jumlah pekerja yang diluluskan oleh PERKESO.

BILAKAH PERMOHONAN KEMASKINI PSU 4.0 DIBUKA ?

Permohonan kemaskini PSU 4.0 dijangka pada bulan julai 2021. Untuk mendapatkan tarikh, sila rujuk portal PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor PERKESO 03-8091 5400 atau layari https://eaduansip.perkeso.gov.my

Diharapkan dengan maklumat ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Sila kongsikan maklumat ini di platfom sosial media anda agar dapat membantu orang lain.

Post a Comment

0 Comments