i-Citra : Cara Semak Tarikh Bayaran

 

Pemohon juga boleh memeriksa status kelulusan melalui laman web i-Citra atau i-Akaun KWSP untuk mendapatkan tarikh pembayaran pertama i-Citra. Oleh itu, pasti ramai yang ingin mengetahui bila tarikh pembayaran i-Citra bulan pertama akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra? 

Dengan memahami jadual pembayaran i-Citra, dapatlah penerima i-Citra melaksanakan perancangan kewangan bulanan dengan lebih berkesan. 
Seperti diketahui, pembayaran i-Citra adalah sehingga tempoh 6 bulan.

CARA SEMAK TARIKH BAYARAN i-CITRA 

1.Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra

  1. Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan



2.Semak tarikh bayaran i-citra menggunakan i-akaun

  1. Buka apps i-Akaun melalui telefon
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
CONTOH TARIKH BAYARAN AKAN DIPAPARKAN


Sharekan maklumat ini kepada rakan-rakan anda. Semoga dengan perkongsian anda dapat membantu orang lain.


Post a Comment

0 Comments