Bantuan Khas Sebanyak RM500 Secara One-Off

 

Melalui bantuan PKP3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA TAMBAHAN), pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500, dengan jumlah peruntukan RM68 juta, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin .


SIAPAKAH PENERIMA BANTUAN INI ?
  1. Pemandu teksi
  2. Pemandu bas sekolah
  3. e-hailing (Grab,Maxim dan lain-lain)
  4. Kereta sewa berdaftar
  5. Pemandu bas persiaran
  6. Pemandu pelancong
CARA MEMOHON MENURUT PORTAL RASMI APAD

Pemandu tidak perlu membuat sebarang permohonan. EHO menyediakan senarai nama Pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO kepada Pemandu masing-masng.

JUMLAH BANTUAN
  • RM500 
TARIKH BAYARAN
  • Bayaran bantuan ini dijangkakan akan dikreaditkan pada bulan julai 2021
Semoga maklumat ini dapat membantu anda. Kongsikan kepada rakan dan platfom sosial media anda agar dapat membantu orang lain.



Post a Comment

0 Comments