Bantuan Bulanan JKM : Permohonan Secara Online

Di musim pandemik covid-19 ramai rakyat yang memerlukan bantuan. Di sini, E-Portal Malaysia ingin memberitahu cara untuk membuat permohonan secara online Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sila rujuk dibawah untuk mengetahui lanjut cara untuk membuat permohonan secara online.

CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM SECARA ONLINE
  1. Sila layari  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftarkan permohonan mengikut negeri
  3. Sila isi maklumat kad pengenalan (i.c) 
  4. Sila isi borang 
  5. Permohonan bantuan kewanggan di buat pada peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat/Bahagian di seluruh negara.
  6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dinilai untuk mengesahkan sama ada pemohon layak mendapat bantuan.  
  7. Perkara ini memenuhi prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakkan.
PENTING : Sila hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut kawasan yang anda mohon dalam tempoh 14 hari setelah membuat permohonan secara dalam online/talian. Jika gagal untuk hadirkan diri, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara langsung.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA HADIR KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT 
  1. Salinan kad pengenalan (i.c) pemohon
  2. Salinan kad pengelanan (i.c) ahli keluarga tinggal bersama
  3. Salinan kad orang kurang upaya (OKU) jika kategori OKU
  4. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  5. Sila bawa salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Bagi kes OKU (tidak bekerja/terlantar/kronik) sila bawa laporan pegawai perubatan dari hospital atau klinik kesihatan (kerajaan/swasta) 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian  03 – 8000 8000

Post a Comment

0 Comments