Bantuan Bakul Prihatin Negara

Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan Bakul Prihatin Negara akibat kesan pandemik Covid-19 di negara. Bantuan ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan untuk kelangsungan kehidupan. Bakul Prihatin Negara telah ditambah baik daripada bantuan sebelum ini iaitu Program Bantuan Bakul Makanan melalui pakej PERMAI dan PEMULIH. 

KANDUNGAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

  • Beras 
  • Gula 
  • Tepung 
  • Bihun 
  • Kicap 
  • Sardin 
  • Biskut
  • Kopi
CARA MENDAPATKAN BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Rakyat yang terkesan akibat pandemik covid-19 boleh memohon untuk mendapatkan bantuan tersebut. 
  • Sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  • Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) 
Selepas pihak JKM mendapatkan permohonan anda, pihak JKM akan  menghantarkan bantuan tersebut ke rumah anda.

BORANG PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
  1. Lampiran A – Borang Permohonan
  2. Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

Semoga maklumat ini dapat membantu anda yang sangat memerlukan atau terkesan dengan pandemik covid-19 ini. Kongsikan maklumat ini di laman sosial atau di mana-mana group anda agar dapat membantu orang lain yang memerlukan.

Post a Comment

0 Comments