Bantuan Sehingga RM1000 Setiap Keluarga : Cara Membuat Permohonan

Jabatann Kebajikan Masyarakat telah menaik tarafkan bantuan 2021 dengan mengikut jenis-jenis bantuan yang diberikan. Berikut adalah bantuan yang akan diberikan sebanyak RM1000 .

BANTUAN KANAK-KANAK

Bagi anak-anka yang berumur 18 tahun ke bawah , ibubapa boleh memohon untuk mendapatkan bantuan daripada JKM (Bantuan Kanak-Kanak 2021) sehingga RM1000 bagi setiap keluarga.
  • RM150 sebulan (7 tahun sehingga 18 tahun seorang)
  • RM200 sebulan (6 tahun dan kebawah seorang)

Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga/penjaga yang berpendapatan tidak lebih Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  3. Hendaklah 18 tahun ke bawah
  4. Untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas dapat dipertimbangkan kalau bersekolah sehingga tamat menengah atas atau kes-kes yang boleh dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan

  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Tekan butang Daftar Permohonan secara online.
  3. Fahamkan maklumat yang diperlukan dan diisikan.
  4. Bahagian A dan B oemohon perlu mengisikannya.
  5. Tekan butang ‘Keputusan’ jika telah lengkapkannya.

Diharapkan maklumat ini dapat membantu masyarakat malaysi yang memerlukannya. Kongsikan maklumat ini di media sosial anda agar dapat membantu memberitahu tentang bantuan ini.

 

Post a Comment

0 Comments