Cara Memohon Bantuan Orang Tua Sebanyak RM500 2021

 

Bantuan Orang Tua (BOT) yang juga dikenali dengan panggilan Bantuan Warga Emas JKM. Bagi pemohon yang layak menerima boleh membuat permohonan untuk  memohon Bantuan Warga Emas (BOT) sebanyak RM500. Mula pada tahun 2021, bantuan ini akan ditingkat dari RM350 kepada RM500.


SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BOT

  1. Warganegara dan penduduk di Malaysia
  2. Warga emas yang berumur  60 tahun ke atas dan berpendapatan keluarga yang tidak melebihi dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) keluarga 
  3. Orang tua yang tidak tinggal:
  • Institusi yang dikendalikan oleh JKM 
  • Pusat penginapan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma

ATAU
  • Layak dipertimbangkan melalui kelulusan daripadaKPKM.

Pelaksanaan bantuan ini perlulah sesuai dengan pendaftaran yang setara antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri .

CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500

Sila bawa bersama dokumen penting yang diperlukan seperti :
  1. salinan IC pemohon
  2. salinan IC suami 
  3. salina IC isteri 
  4. salinan IC ibu 
  5. salina IC ayah 
  6. Salinan surat beranak 
  7. salinan IC ahli keluarga anak
  8. salinan IC anak yang tinggal bersama
  9. salinan gaji (jika ada) 
  10. dokumen lain yang berkaitan


Sila membuat permohonan di laman web berikut :
  1. Layari  
  1. tekan pada  ‘Daftar Permohonan.’
  2. Masukkan tempat tinggal dan no IC pemohon .Jangan lupa juga masukan juga  negeri.
  3. Setelah itu, klik ‘Daftar.’
  4. Dalam tempoh 14 hari, pemohon perlu hadir  ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan  dengan pemohon.
  5. Sila bawa juga dokumen yang diperlukan.
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila bawa dokumen yang harus dibawa ketika ke Pejabat JKM:
  • Salinan IC pemohon.
  • Salinan IC suami/isteri/ibu/bapa/anak ( TINGGAL BERSAMA )
  • Salinan sijil lahir anak atau ahli keluarga ( TINGGAL BERSAMA )
  • Penyata gaji (jika ada)


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA

  1. Layari : https://www.jkm.gov.my/
  2. Tekan SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE
  3. Sila masukkan Nombor IC pemohon
  4. Sila ikuti langkah untuk melihat keputusan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • No Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments