eKasih 2021:Cara Daftar,Semak Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

 

Sistem eKasih 2021 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih 2021 berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.


Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

    Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

    1.Membuat semakan status kemiskinan secara online
    2.Menyelaraskan maklumat bantuan
    3.Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
    4.Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
    5.Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
    6.Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun.

Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.


Semakan Ekasih 2021

Cara membuat semak ekasih 2021 secara online mudah saja. Makumat lanjut di sini

PERKARAPAUTANNYA
Pautan Daftar semakan bantuan ekasih 2021 di sinihttps://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx



Masukkan nombor kad pengenalan, dan klik butang untuk semak

Tetapi jikalau nama anda tiada dalam senarai nama penerima bantuan e-kasih, sistem akan terpapar info seperti di atas ini.

Panduan Pendaftaran

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  1. telefon
  2. surat
  3. e-mel rasmi
  4. membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.



Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan
Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2021, layari laman web rasmi
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di media sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Post a Comment

0 Comments