PSU 3.0 : Syarat, Semak Status, Cara Membuat Permohonan

Bagi majikan yang ingin memohon subsidi gaji (PSU) 3.0 di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Perlindungan Rakyat (PERMAI), permohonan untuk program tersebut telah dibuka pada 19 Januari 2021. Sebagai maklumat, PSU yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada majikan setiap perusahaan untuk pekerja tempatan dengan gaji tahunan RM4,000 atau kurang

APAKAH PSU 3.0 PERMAI PERKESO YANG DIMAKSUDKAN ? 

Menteri Kewangan Tengku Dato'Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pelaksanaan PSU 3.0 dalam belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November 2020. PSU 3.0 PERMAI akan meningkatkan PSU 3.0 PERMAI untuk membantu majikan yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan PKP pada 19 Januari 2021. Melalui PSU 3.0 pertama yang diumumkan dalam anggaran 2021, bidang profesional yang diliputi oleh rancangan tersebut hanyalah pelancongan dan runcit. Walau bagaimanapun, PSU 3.0 PERMAI lebih komprehensif untuk semua sektor ekonomi yang terlibat dalam pelaksanaan PKP.

TEMPOH PELAKSANAAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO YANG DIPERUNTUKKAN

Tempoh pelaksanaan PSM 3.0 PERMAI hanya satu bulan untuk majikan yang berkelayakan, dan akan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021. Tarikh akhir permohonan PSU 3.0 PERMAI adalah pada 30 Jun 2021.

SAIZ & BILANGAN PEKERJA YANG BOLEH DITUNTUT PSU 3.0 PERMAI PERKESO


JUMLAH KADAR BAYARAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO

Kadar pembayaran PSU 3.0 PERMAI adalah RM600 bagi setiap pekerja. Untuk PSU 3.0 yang diumumkan dalam belanjawan 2021 terakhir, jumlah ini sama.


SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majika tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
  4. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
  5. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.
  6. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.

SENARAI TIDAK LAYAK MOHON PSU 3.0 PERMAI PERKESO
  1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  3. Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  4. Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
  5. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  6. Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  7. Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive).
  8. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
  9. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  10. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.
CARA DAN LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
  2. klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

DOKUMEN SOKONGAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO YANG DIPERLUKAN
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO

Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja selepas permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh membuat semakan status permohonan menggunakan No. Rujukan yang telah diberikan.

Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO dan bilangan pekerja yang diluluskan.

Sila copy link dan paste dibawah untuk menyemak STATUS KELULUSAN
https://www.myfuturejobs.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di nombor Hotline 1-300-22-8000 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Post a Comment

0 Comments