Permohonan Bantuan MySalam RM700 B40

 

Tahukah anda bahawa MySalam adalah inisiatif pelan takaful perlindungan kesihatan percuma yang disediakan oleh kerajaan, yang bertujuan untuk menyediakan takaful bagi individu yang layak menerima faedah rancangan perlindungan komuniti MySalam melalui tabung Amanah Mysalam.

KELAYAKAN PERMOHONAN MYSALAM

Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Sebelum menebus Mysalam, pastikan untuk memeriksa terlebih dahulu jika anda layak mendapat bantuan. Di sini, kami kongsikan bagaimana anda menjalankan audit MySalam.

  1. Layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
  3. Seterusnya, klik pada pautan "semak"
  4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak


Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.


CARA PERTAMA
Tuntutan Secara Online

  1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
  4. Sila kemaskini profile anda.
  5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
  6. Klik hantar.
  7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.


CARA KEDUA
Tuntutan Secara Manual
  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
  3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
  4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.

MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai seberang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor talian dibawah.

Nombor Hotline : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

Post a Comment

15 Comments

  1. Cara tukar no fon dalam my salam

    ReplyDelete
  2. Cara tukar nomber fon dalam my salam

    ReplyDelete
  3. Cara nk tukar no fon mcmane ye? Knape col xangkat????????!

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak tukar nombor telefon dalam my salam. Sya nak atur untuk bapak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ke bahagian kemaskini profil bila dh dpt login mysalam.

      Delete
  5. Macam mana nak tukar nombor telefon

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak tukar no fon ..call xangkat

    ReplyDelete
  7. Bila tepon asyik sibuk saja...6 minit rm3 lebih kena potong bil..kalau tunggu 15 tak angkat mesti rm10 habis sekali top up

    ReplyDelete
  8. Sy balik2 cek ic masih juga tidak layak pada hal sy layak terima apa2 bantuan dari kerajaan, Dah call LHDN.. Deorang cakap kena tunggu pihak Mysalam yang Update so samapi sekarang saya masih belum dapat apa2 Sms dari Mysalam.

    ReplyDelete
  9. Salam....slmt pgi.... Sy slh 1 individu yg mmg layak....sda semak....mmg layak sbb mempunyai sakit kritikal dan mkn ubat sepanjang hayat... Since Ogos 2021 sy kna detec positif covid19( kami anak beranak ya) so, lps tempoh masa kuarantin d rmh... Sy memohon Mysalam...memandang sy surirumah sepenuh masa suami masa tu 1bulan hilang punca pendapatan...d sbb kn positif covid jg then pkpd 1bln area kmi.... Lebih 2bln sda permohonan Mysalam sy...blm ada jawapan...status SEDANG DI PROSES...
    yg sama2 tarikh buat permohonan dgn sy masa itu....sudah mendapat jawapan....lulus....
    Apa perbezaan...

    ReplyDelete
  10. Cara tukar no HP sbb no lama yg telah didaftarkan sudah tidak aktif

    ReplyDelete
  11. Kreadit aku hbs smpai 10 hinggit call mysalam xangkat2..memang babi la... mnyusahkn orang...

    ReplyDelete
  12. call mmg xberangkat..ade staff ke xde..

    ReplyDelete