Cara Membuat Permohonan BPR Secara Online

 




Berikut adalah golongan yang perlu memohon BPR ,golonggan yang belum pernah menerima BSH, BPN, BPN 2.0 dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

CARA MOHON BPR 2021 SECARA ONLINE
Klik portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
Atau klik terus ke link permohonan https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian :
  1. Permohonan
  2. Pengesahan
  3. Hantar

BAHAGIAN A (PERMOHONAN BPR)

1.Sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
  • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
  • Nama
  • Umur
  • Jantina
  • No Telefon Rumah
  • No Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Alamat Emel
2.Pemohon juga dikehendaki muat naik dokumen sokongan seperti:
  • Sijil Kahwin
  • Sijil Cerai
  • Sijil Kematian Pasangan
  • Pengesahan Pasangan
  • Pengesahan Bank
3. Klik Muat Naik
4.Bagi Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
  • Ada Wakil
  • Tiada Wakil
  • Klik Teruskan

BAHAGIAN B (PENGESAHAN PERMOHONAN BPR)
  1. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  2. Sila isi Captcha seperti yang tertera
  3. Klik Sahkan Captcha
  4. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut( jika anda bersetuju dengan syarat permohonan)

BAHAGIAN C (HANTAR PERMOHONAN BPR)
  1. Klik butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  2. Jika anda belum daftar BPR, klik Ya untuk mendaftar akaun BPR
  3. Rujuk CARA DAFTAR MyBPR
  4. Jika anda sudah daftar BPR seperti di atas, klik Tidak
  5. Sila CETAK borang permohonan BPR yang telah didaftarkan

CARA MOHON BPR 2021 SECARA BORANG
  1. Sila dapatkan borang permohonan BPR.
  2. Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
  3. Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  4. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  5. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  6. Kemudian isi dan lengkapkan borang permohonan.
  7. Sediakan dokumen sokongan permohonan
  8. Hantar borang permohonan

Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
  1. Peti Surat BPR,GPO Shah Alam,40800 Selangor
  2. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
  3. Sila muat turun BORANG PERMOHONAN BPR 2021 ,rujuk di Portal Rasmi BPR

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
  • Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 1-800-88-2747
  • Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut 03- 89111000

Post a Comment

1 Comments

  1. Knp pemohonan BPR online xdpt nk isikan Nama, umur,jantina,status no IC blh isikan lepastu sy tekan seterusnya dye terus pergi kat ruang masukan no telefon..knp ya ad sesiapa yg tau?

    ReplyDelete